PENCAPAIAN HARI KEEMPAT

¨ 3000 m L18 Akhir:
Muhammad Muiz B. Hamidon (SMKAB) 11M 52.3S

¨ 4 X 400 M P13 Akhir :
SMK Tasek Utara 2 (5 m 20.81s)
SMK Foon Yew (5 m 23.19s)
SMK Impian Emas (5 m 30.91s)
SMK Mutiara Rini 2 (5 m 43.54s)

¨ 4 x 400 M P15 Akhir :
SMK Infant Jesus Convent (5 m 17.84s)
SMK (P) Sultan Ismail (5m 28.13s)
Sek Tun Fatimah (5m 29.63s)
SMK Aminuddin Baki (5 m 31.65s)

¨ Lompat Jauh L18 Akhir:
Azyzul Bin Azali (SM(L)GP)6.16m

¨ 800m P18 Akhir:
Tee Wen Qing (SMKFY) 2m 50.1s

¨ 800m L15 Akhir:
Muhammad Asik Shabick (SMKMSAB) 2m 20.3s

¨ 800m L18 Akhir:
Muhammad Hafiz Mohd Zaini (SMKTU) 2m 10.0s

¨ Lompat Kijang P15 Akhir:
Nur Fariha Abd Razak (SIGS) 9.21 m

¨ Lompat Tinggi L15 Akhir:
Loh Jiun Shen (SMKFY) 1.75 m

¨ Lompat Tinggi L18 Akhir:
Loh Jun Shen (SMFY) 1.75m

CORAT CORET KEJOHANAN HARI KEEMPAT

¨ Cuaca panas di sebelah pagi di sejukkan dengan hujan renyai di sebelah petang..

¨ Disebabkan kurangnya latihan dan berlatih di saat-saat akhir peserta daripada SMK Taman Pelangi gagal ke peringkat akhir 4 X 4000 L18.

¨ “Misi saya hari ini adalah untuk memecahkan rekod”, kata pelajar tingkatan 6 Tinggi daripada SMK Foon Yew, Wong Sun Yee mengenai kejayaannya memecahkan rekod kejohanan acara lompat tinggi.

¨ Seorang peserta acara 110 m L.Pagar telah mematahkan salah satu pagar dalam lariannya, memang kuat kaki pelajar tu...

¨ Acara 100 m L.Pagar P13, menyaksikan ramai atlet cilik jatuh tergolek kerana tidak biasa masuk acara tersebut..kesian...

Disediakan Oleh: Ting Lian Lee
Nuraini Sebadak Sardja
Tan Gaik Wah

BINGKISAN DARI PPDJB

Nama: Tn. Hj. Ahmad Taufik Bin Hamzah
Jawatan: Pen. PPD HEM

· Beliau mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pegawai yang bertugas dan semua atlet yang bertanding.

· Meluahkan rasa kagum melihat semua program berjalan lancar walaupun cuaca di stadium tidak menentu. Kerjasama antara guru-guru dan pelajar sangat baik kerana setiap jawatankuasa menjalankan tugasan dengan baik.

· Selain itu, beliau menyarankan Kontinjen Johor perlu berusaha dengan gigih pada tahun ini untuk bergelar sebagai Johan di Kejohanan Balapan & Padang di Muar nanti.

· Beliau juga berharap, usaha yang gigih dan berterusan mesti dilakukan dan juga semua perancangan dibuat mengikut fasa yang ditetapkan.

SEPINTAS LALU HARI KE EMPAT KEJOHANAN

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Johor Bahru kali ke-43 pada hari keempat diteruskan lagi dalam suasana yang penuh ceria dan bersemangat mengisi Buletin edisi pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini.

Acara larian 3000m berhalangan L18 akhir membuka tirai kejohanan seawal 8.00 pagi hari keempat ini telah menyaksikan atlet SMK Aminuddin Baki iaitu Muhammad Muiz B. Hamidon meraih emas pertama dengan penuh bergaya dengan catatan masa 11 min 52.3s.

Pagi ini, acara lompat tinggi Hepta (2) menjadi perhatian kerana atlet dari SMK Foon Yew iaitu Wong Sun Yee telah memecahkan rekod kejohanan dengan lompatan setinggi 1.85 m sekaligus memadam rekod lama 1.81 m. Walaupun gagal mencapai target 1.90 m namun lompatan beliau telah mencipta rekod baru kejohanan. Selain acara tersebut, acara akhir lain turut memberikan saingan kepada para atlet untuk terus menunjukkan bakat masing-masing. Antaranya adalah lompat jauh P18, 100m L.Pagar Penta (1), 110 m L.Pagar Hepta (1) dan lompat jauh L18.

Pada sebelah petang pula, sebanyak 25 acara akhir bakal memperlihatkan persaingan sengit antara atlet yang akan cuba sedaya upaya untuk menggondal pingat-pingat emas demi mengharumkan nama sekolah masing-masing. Acara tersebut termasuklah 110m L Pagar, 400m, 1500 m, melontar peluru lompat kijang dan lompat jauh. Semoga usaha mereka membuahkan hasil.

Hari keempat ini difkejutkan dengan enam rekod baru iaitu acara 400m P13, 15 dan 18, 400m L13 dan 15, serta 1500m P15.

PENCAPAIAN HARI KETIGA



1. 3000 m L15 Akhir:
Thamaraj A/L Nallathamby(SMKSTJ)11m 12.5s

2. 3000 m P15 Akhir:
Tee Wen Qing (SMFY)13m 8.3s

3. 5000 m L18 Akhir:
Muhammad Hafiz Bin Mohd Zaini ( SMKTU)17m 7.5s

4. Lompat Tinggi P13 Akhir:
Syamimi Bt. A. Jalalal (SMKKSAB)1.26 m

5. Lompat Jauh L20 Akhir:
Muhamad Jalal Bin Kamal (SMLGP) 5.56m

6. Lompat Jauh L13 Akhir:
Chong Yuan Pin(SMKFY) 4.91m

7. Lompat Tinggi P18 Akhir:
Pow Mei Foong ( SMKIJC) 1.46m

8. 4 x 100m P13 Akhir:

SMK (P)SI—61.2

9. 4 x 100m P18 Akhir:

SMK Foon Yew - 55.5 s


10. 4 x 100m L13 Akhir:
SMK Kempas - 53.3 s

11. 4 x 100m L15 Akhir:
SMK Foon Yew - 47.8s

12. 4 x 100m L!8 Akhir:
SMK Aminuddin Baki - 45.5 s

13. 800m P15 Akhir:
Sharmila A/P Sivakumar (SMKK) 2m 44.4s

14. 800m P18 Akhir:
Tee Wen Qing (SMKFY) 2m 50.1s

15. 800m L15 Akhir:
Muhammad Asik Shabick (SMKMSAB) 2m 20.3s

16. 800m L18 Akhir:
Muhammad Hafiz Mohd Zaini (SMKTU) 2m 10.0s

17. Lompat Kijang P15 Akhir:
Nur Fariha Abd Razak (SIGS) 9.21 m

18. Lompat Tinggi L15 Akhir:
Loh Jiun Shen (SMKFY) 1.75 m

19. Lompat Tinggi L18 Akhir:
Loh Jun Shen (SMFY) 1.75m

CORAT CORET KEJOHANAN HARI KETIGA


Akibat daripada keghairahan bersukan...momentum yang terhasil semasa membuat lompatan menyebabkan seorang peserta telah jatuh tersembam...nyum..nyum..nyum makan pasir laa nampaknya hari ini…

Kerana begitu komited dengan tugas sebagai pegawai kejohanan, salah seorang pegawai tidak menyedari bahawa kereta beliau sudah dicuri orang….alahai...

Gangguan bunyi dari “sound system” yang disangkakan bunyi tembakan batal telah menyebabkan peserta 200 m L18 memberhentikan larian mereka...ish..ish..kesian peserta...terpaksalah berlari 2 kali pula…

Ketika sedang menghulurkan batton kepada rakannya, seorang pelari SMK Convent telah tercedera akibat terkena spike dan terluka menyebabkan larian mereka terpaksa dibatalkan.

Disediakan Oleh: Noor Hikmah Akmal

BICARA ATLET


Atlet: Muhd Jalal Bin Kamal
Sekolah: SMK Gelang Patah

Beliau telah mula melibatkan diri dalam Acara Balapan dan Acara Padang sejak berunur 13 tahun lagi.

Tahun ini telah berjaya memenangi pingat Emas bagi acara Lompat Jauh L20 dan pingat Gangsa bagi acara 1500 m.

Motto Hidup: “ Tiada Usaha Tiadalah Kejayaan”

Atlet: Syamimi bte. Jalalal
Sekolah: SMK Kompleks Sultan Abu Bakar

· Beliau telah mula melibatkan diri dalam Acara Padang sejak setahun yang lalu.
· Tahun ini beliau telah berjaya merangkul emas dalam acara Lompat Tinggi P13.
· Berpegang pada prinsip: “Keyakinan Diri Adalah Faktor Utama Kejayaan”.