CORAT CORET KEJOHANAN HARI KETIGA


Akibat daripada keghairahan bersukan...momentum yang terhasil semasa membuat lompatan menyebabkan seorang peserta telah jatuh tersembam...nyum..nyum..nyum makan pasir laa nampaknya hari ini…

Kerana begitu komited dengan tugas sebagai pegawai kejohanan, salah seorang pegawai tidak menyedari bahawa kereta beliau sudah dicuri orang….alahai...

Gangguan bunyi dari “sound system” yang disangkakan bunyi tembakan batal telah menyebabkan peserta 200 m L18 memberhentikan larian mereka...ish..ish..kesian peserta...terpaksalah berlari 2 kali pula…

Ketika sedang menghulurkan batton kepada rakannya, seorang pelari SMK Convent telah tercedera akibat terkena spike dan terluka menyebabkan larian mereka terpaksa dibatalkan.

Disediakan Oleh: Noor Hikmah Akmal

No comments:

Post a Comment