BICARA PEGAWAI KEJOHANAN




Nama : En Ismail Bin Abdul Rahim
Jawatan : Penyelia Kanan Sukan PPDJB

Menurut beliau, selain acara balapan dan padang, kejohanan dimeriahkan dengan pertandingan khemah kontinjen. Suasana kejohanan kelihatan ceria dan meriah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua sekolah yang mengambil bahagian. Harapan beliau agar kontinjen Johor akan cemerlang dalam MSSD ini.

Selain itu, beliau berharap lebih banyak sekolah yang akan menyerta pada tahun hadapan berbanding pada tahun ini yang hanya disertai 25 buah sekolah sahaja.

Walau bagaimanapun, kebersihan kawasan kejohanan terjaga.


Nama : En Hariri (Jurulatih Pasukan)
Sekolah : SMK Dato’ Jaafar

Merupakan jurulatih pasukan Rejam Lembing P18 SMKDJ.

Menurut beliau, peserta sekolah ini menjadi harapan sekolah untuk merangkul pingat emas dalam acara ini. Namun, disebabkan kesilapan teknikal, peserta ini hanya dapat membuat rejaman sebanyak 4 kali. Ini dilihat sebagai halangan sekolah ini menggondol gelaran juara

Keputusannya, atlet dari SMKDJ ini menjadi Naib Johan dalam acara ini.

No comments:

Post a Comment