KRONOLOGI MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN

¨ VVIP tiba pada pukul 3.15 petang disambut dengan paluan kompang dan silat.

¨ Perasmian gendang 24 dari SMK Taman Bukit Indah telah mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

¨ Tarian oleh pelajar-pelajar SMK Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS) dengan tema 1 Malaysia menarik perhatian penonton kerana melibatkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum.

¨ Perarakan masuk perbarisan telah diiringi oleh pancaragam SMK Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS) dan dimulakan dengan SMK Sultan Aminuddin Baki.

¨ Perbarisan kejohanan pada kali ini disertai oleh 37 kontinjen iaitu 33 buah sekolah menengah dan 4 buah zon yang mewakili sekolah rendah di sekitar Johor Bahru.

¨ Majlis perasmian kejohanan dirasmikan ketika hujan turun dengan lebat.

No comments:

Post a Comment