Corat Coret Kejohanan

¨ Dalam acara 100m P13, terdapat 2 orang atlet yang begitu bersemangat berlari walaupun tembakan batal telah dilepaskan. Mmmm...kesian mereka ni, dah jauh berlari tapi acara batal. Harap sabar ye….

2 orang atlet telah terjatuh semasa berlari dalam acara 1500m P13. Nasib baiklah ada pasukan Saint John Ambulance kita, mereka dapat dirawat dengan segera dan tak perlu mengerang kesakitan…

Dalam acara larian, tak sah kalau tidak ada yang pengsan, Lebih-lebih lagi atlet perempuan! Inilah nasib yang dilalui oleh seorang atlet dari SMK Bandar Baru Uda. Bawa bertenang ya, lain kali ada peluang lain lagi untuk kamu beraksi dalam acara ini…

Bilik urus setia bukan sahaja dipenuhi dengan laptop, printer dan mesin fotostat tetapi juga dipebuhi dengan makanan di atas meja menyebabkan bilik ini seperti berada di dalam kafeteria . Terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Makanan yang telah menyediakan juadah yang lazat kepada kami...

No comments:

Post a Comment