PERASMIAN KEJOHANAN



Mendung yang berarak dan hujan yang menitis laju tidak mendinginkan langsung majlis perasmian kejohanan yang hangat dijalankan. Malah suasana ini menambahkan lagi kemeriahan acara-acara yang berlangsung setelah majlis perasmian tersebut berakhir.

Perasmian kejohanan telah dilakukan oleh Yang Berusaha En Abd Aziz Bin Haji Redwan, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran negeri Johor. Beliau mengucapkan tahniah kepada selruh warga pendidikan daerah Johor Bahru kerana menyahut cabaran untuk kembali bersukan.

Beliau turut berbangga bahawa program kecemerlangan dan kegemilangan sukan diwujudkan semula. Beliau juga mengatakan bahawa hujan yang turun melambangkan sukan dirahmati Allah. Beliau menyeru kepada semua atlet dan perbarisan bersama-sama melafazkan ikrar kejohanan balapan dan padang Daerah Johor Bahru kali ke 43.

No comments:

Post a Comment