Kejohanan Balapan & Padang MSSDJB Kali Ke-43

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Johor Bahru kali ke-43 dijadualkan berlangsung selama 5 hari iaitu bermula pada 9 Mac hingga 13 Mac 2010. Seperti tahun-tahun terdahulu atlet-atlet dari sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru berkumpul di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos bagi menguji kehebatan masing-masing.

Pada hari pertama kejohanan berlangsung, cuaca cerah dan panas di sebelah pagi. Oleh itu acara-acara berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Acara bermula seawal 7.30 pagi iaitu dimulakan dengan acara 5km jalan kaki L15, 3/5km jalan kaki P15/18, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment