PENCAPAIAN HARI KEEMPAT

¨ 3000 m L18 Akhir:
Muhammad Muiz B. Hamidon (SMKAB) 11M 52.3S

¨ 4 X 400 M P13 Akhir :
SMK Tasek Utara 2 (5 m 20.81s)
SMK Foon Yew (5 m 23.19s)
SMK Impian Emas (5 m 30.91s)
SMK Mutiara Rini 2 (5 m 43.54s)

¨ 4 x 400 M P15 Akhir :
SMK Infant Jesus Convent (5 m 17.84s)
SMK (P) Sultan Ismail (5m 28.13s)
Sek Tun Fatimah (5m 29.63s)
SMK Aminuddin Baki (5 m 31.65s)

¨ Lompat Jauh L18 Akhir:
Azyzul Bin Azali (SM(L)GP)6.16m

¨ 800m P18 Akhir:
Tee Wen Qing (SMKFY) 2m 50.1s

¨ 800m L15 Akhir:
Muhammad Asik Shabick (SMKMSAB) 2m 20.3s

¨ 800m L18 Akhir:
Muhammad Hafiz Mohd Zaini (SMKTU) 2m 10.0s

¨ Lompat Kijang P15 Akhir:
Nur Fariha Abd Razak (SIGS) 9.21 m

¨ Lompat Tinggi L15 Akhir:
Loh Jiun Shen (SMKFY) 1.75 m

¨ Lompat Tinggi L18 Akhir:
Loh Jun Shen (SMFY) 1.75m

CORAT CORET KEJOHANAN HARI KEEMPAT

¨ Cuaca panas di sebelah pagi di sejukkan dengan hujan renyai di sebelah petang..

¨ Disebabkan kurangnya latihan dan berlatih di saat-saat akhir peserta daripada SMK Taman Pelangi gagal ke peringkat akhir 4 X 4000 L18.

¨ “Misi saya hari ini adalah untuk memecahkan rekod”, kata pelajar tingkatan 6 Tinggi daripada SMK Foon Yew, Wong Sun Yee mengenai kejayaannya memecahkan rekod kejohanan acara lompat tinggi.

¨ Seorang peserta acara 110 m L.Pagar telah mematahkan salah satu pagar dalam lariannya, memang kuat kaki pelajar tu...

¨ Acara 100 m L.Pagar P13, menyaksikan ramai atlet cilik jatuh tergolek kerana tidak biasa masuk acara tersebut..kesian...

Disediakan Oleh: Ting Lian Lee
Nuraini Sebadak Sardja
Tan Gaik Wah

BINGKISAN DARI PPDJB

Nama: Tn. Hj. Ahmad Taufik Bin Hamzah
Jawatan: Pen. PPD HEM

· Beliau mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pegawai yang bertugas dan semua atlet yang bertanding.

· Meluahkan rasa kagum melihat semua program berjalan lancar walaupun cuaca di stadium tidak menentu. Kerjasama antara guru-guru dan pelajar sangat baik kerana setiap jawatankuasa menjalankan tugasan dengan baik.

· Selain itu, beliau menyarankan Kontinjen Johor perlu berusaha dengan gigih pada tahun ini untuk bergelar sebagai Johan di Kejohanan Balapan & Padang di Muar nanti.

· Beliau juga berharap, usaha yang gigih dan berterusan mesti dilakukan dan juga semua perancangan dibuat mengikut fasa yang ditetapkan.

SEPINTAS LALU HARI KE EMPAT KEJOHANAN

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Johor Bahru kali ke-43 pada hari keempat diteruskan lagi dalam suasana yang penuh ceria dan bersemangat mengisi Buletin edisi pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini.

Acara larian 3000m berhalangan L18 akhir membuka tirai kejohanan seawal 8.00 pagi hari keempat ini telah menyaksikan atlet SMK Aminuddin Baki iaitu Muhammad Muiz B. Hamidon meraih emas pertama dengan penuh bergaya dengan catatan masa 11 min 52.3s.

Pagi ini, acara lompat tinggi Hepta (2) menjadi perhatian kerana atlet dari SMK Foon Yew iaitu Wong Sun Yee telah memecahkan rekod kejohanan dengan lompatan setinggi 1.85 m sekaligus memadam rekod lama 1.81 m. Walaupun gagal mencapai target 1.90 m namun lompatan beliau telah mencipta rekod baru kejohanan. Selain acara tersebut, acara akhir lain turut memberikan saingan kepada para atlet untuk terus menunjukkan bakat masing-masing. Antaranya adalah lompat jauh P18, 100m L.Pagar Penta (1), 110 m L.Pagar Hepta (1) dan lompat jauh L18.

Pada sebelah petang pula, sebanyak 25 acara akhir bakal memperlihatkan persaingan sengit antara atlet yang akan cuba sedaya upaya untuk menggondal pingat-pingat emas demi mengharumkan nama sekolah masing-masing. Acara tersebut termasuklah 110m L Pagar, 400m, 1500 m, melontar peluru lompat kijang dan lompat jauh. Semoga usaha mereka membuahkan hasil.

Hari keempat ini difkejutkan dengan enam rekod baru iaitu acara 400m P13, 15 dan 18, 400m L13 dan 15, serta 1500m P15.

PENCAPAIAN HARI KETIGA



1. 3000 m L15 Akhir:
Thamaraj A/L Nallathamby(SMKSTJ)11m 12.5s

2. 3000 m P15 Akhir:
Tee Wen Qing (SMFY)13m 8.3s

3. 5000 m L18 Akhir:
Muhammad Hafiz Bin Mohd Zaini ( SMKTU)17m 7.5s

4. Lompat Tinggi P13 Akhir:
Syamimi Bt. A. Jalalal (SMKKSAB)1.26 m

5. Lompat Jauh L20 Akhir:
Muhamad Jalal Bin Kamal (SMLGP) 5.56m

6. Lompat Jauh L13 Akhir:
Chong Yuan Pin(SMKFY) 4.91m

7. Lompat Tinggi P18 Akhir:
Pow Mei Foong ( SMKIJC) 1.46m

8. 4 x 100m P13 Akhir:

SMK (P)SI—61.2

9. 4 x 100m P18 Akhir:

SMK Foon Yew - 55.5 s


10. 4 x 100m L13 Akhir:
SMK Kempas - 53.3 s

11. 4 x 100m L15 Akhir:
SMK Foon Yew - 47.8s

12. 4 x 100m L!8 Akhir:
SMK Aminuddin Baki - 45.5 s

13. 800m P15 Akhir:
Sharmila A/P Sivakumar (SMKK) 2m 44.4s

14. 800m P18 Akhir:
Tee Wen Qing (SMKFY) 2m 50.1s

15. 800m L15 Akhir:
Muhammad Asik Shabick (SMKMSAB) 2m 20.3s

16. 800m L18 Akhir:
Muhammad Hafiz Mohd Zaini (SMKTU) 2m 10.0s

17. Lompat Kijang P15 Akhir:
Nur Fariha Abd Razak (SIGS) 9.21 m

18. Lompat Tinggi L15 Akhir:
Loh Jiun Shen (SMKFY) 1.75 m

19. Lompat Tinggi L18 Akhir:
Loh Jun Shen (SMFY) 1.75m

CORAT CORET KEJOHANAN HARI KETIGA


Akibat daripada keghairahan bersukan...momentum yang terhasil semasa membuat lompatan menyebabkan seorang peserta telah jatuh tersembam...nyum..nyum..nyum makan pasir laa nampaknya hari ini…

Kerana begitu komited dengan tugas sebagai pegawai kejohanan, salah seorang pegawai tidak menyedari bahawa kereta beliau sudah dicuri orang….alahai...

Gangguan bunyi dari “sound system” yang disangkakan bunyi tembakan batal telah menyebabkan peserta 200 m L18 memberhentikan larian mereka...ish..ish..kesian peserta...terpaksalah berlari 2 kali pula…

Ketika sedang menghulurkan batton kepada rakannya, seorang pelari SMK Convent telah tercedera akibat terkena spike dan terluka menyebabkan larian mereka terpaksa dibatalkan.

Disediakan Oleh: Noor Hikmah Akmal

BICARA ATLET


Atlet: Muhd Jalal Bin Kamal
Sekolah: SMK Gelang Patah

Beliau telah mula melibatkan diri dalam Acara Balapan dan Acara Padang sejak berunur 13 tahun lagi.

Tahun ini telah berjaya memenangi pingat Emas bagi acara Lompat Jauh L20 dan pingat Gangsa bagi acara 1500 m.

Motto Hidup: “ Tiada Usaha Tiadalah Kejayaan”

Atlet: Syamimi bte. Jalalal
Sekolah: SMK Kompleks Sultan Abu Bakar

· Beliau telah mula melibatkan diri dalam Acara Padang sejak setahun yang lalu.
· Tahun ini beliau telah berjaya merangkul emas dalam acara Lompat Tinggi P13.
· Berpegang pada prinsip: “Keyakinan Diri Adalah Faktor Utama Kejayaan”.

Laporan Am Hari Ketiga Kejohanan

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Johor Bahru kali ke-43 pada hari ketiga terus berlangsung dalam suasana yang jauh berbeza dari hari perasmian serta hari kedua yang dingin tetapi penuh kehangatan. Buletin edisi pagi menyaksikan para atlet lebih bersemangat dengan acara jarak jauh menguasai balapan seawal jam 8.00 pagi lagi.


Acara pertama yang dijalankan adalah larian 3000m L15 akhir. N.Tharmaraj dari SMK St. Joseph Johor Bahru telah memenangi emas pertama hari yang ketiga dengan penuh bergaya. Sungguhpun gagal memadamkan rekod kejohanan namun usahanya mengadakan latihan stamina dengan menaiki bukit selama 30 minit setiap hari berhasil.


Sepanjang pagi ini, acara saringan 200m menjadi perhatian penonton yang hadir memberikan sokongan. Selain acara tersebut, acara akhir lain turut memberikan saingan kepada para atlet untuk terus menunjukkan bakat masing-masing. Antaranya adalah 3000m P18, 5000m L18, lompat tinggi P13 dan lompat jauh L20.

Pada sebelah petang nanti akan berlangsung 14 acara akhir yang menjanjikan tuaian emas yang lumayan kepada para atlet. Sudah tentu acara relay 4 X 100 meter untuk semua kategori lelaki dan perempuan bakal dilihat sebagai acara tumpuan utama audiens! Kita nantikan.


Oleh: Syairulnizam Mohammad

PENCAPAIAN HARI KEDUA


10000m Jalan Kaki Akhir L18

1. Chin Wei Yuan (SMKFY) - 64m 15.0s
2. Tee Tian Leng (SMKFY) - 66m 5.0s
3. Prasanth a/l Subramaniam (SMKSS) - 71m 47.0s

Lompat Jauh P13 Akhir

1. Loh EE Ling (SMKFY) - 4.08m
2. Nur Suhaili Suhaidi (SIGS) - 3.90m
3. Nur Intan Baiduri Mohd Zin (SMKDS) - 3.82m

Lompat Tinggi L13 Akhir

1. Mix Johdan Anak Lias (SMKSR) - 1.42m
2. Kevin Wong (SMKFY) - 1.42m
3. Abdul Malik bin Abdul Halim (SMKSP) - 1.38m

Lompat Kijang P18 Akhir

1. Nurul Adibah Mokhtar (SMKTF) - 9.59m
2. Tan Siew Yi (SMKFY) - 9.47m
3. Wan Nur Aishah Wan Din (SMKTF) - 9.46

CORAT CORET KEJOHANAN HARI KEDUA



Sejuknyer pagi nie..kesian para atlet dan pegawai kejohanan..kesejukan mereka…

Dua atlet berjalan kaki 10km daripada Sek Tun Aminah dan SMTJB dibatalkan penyertaan kerana tidak mematuhi teknik berjalan kaki yang betul..susah juga ek acara nie..ingatkan jalan biasa je, ada teknik juga rupanyer..

Ada lagi peserta yang dibatalkan acaranya iaitu peserta lempar cakera dari SM Islam Hidayah..terlalu gementar ke hingga tidak ingat cara yang betul..cuba lagi tahun depan yer..

Mr . Lim Yoke Peng (SMK Seri Perling) berharap sistem pengurusan kejohanan pada kali ini lebih sistematik..

En Zain (SMK Tasek Utara) berharap supaya atlet Johor Bahru berjaya merampas Kejohanan MSSJ di Muar nanti..berusaha yer semua atlet JB..usaha tangga kejayaan

Kekejangan otot dan pengsan adalah perkara biasa dalam olahraga..pasukan PBSM bersedia yer..bila besar nanti boleh jadi doctor..

BICARA PEGAWAI KEJOHANAN




Nama : En Ismail Bin Abdul Rahim
Jawatan : Penyelia Kanan Sukan PPDJB

Menurut beliau, selain acara balapan dan padang, kejohanan dimeriahkan dengan pertandingan khemah kontinjen. Suasana kejohanan kelihatan ceria dan meriah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua sekolah yang mengambil bahagian. Harapan beliau agar kontinjen Johor akan cemerlang dalam MSSD ini.

Selain itu, beliau berharap lebih banyak sekolah yang akan menyerta pada tahun hadapan berbanding pada tahun ini yang hanya disertai 25 buah sekolah sahaja.

Walau bagaimanapun, kebersihan kawasan kejohanan terjaga.


Nama : En Hariri (Jurulatih Pasukan)
Sekolah : SMK Dato’ Jaafar

Merupakan jurulatih pasukan Rejam Lembing P18 SMKDJ.

Menurut beliau, peserta sekolah ini menjadi harapan sekolah untuk merangkul pingat emas dalam acara ini. Namun, disebabkan kesilapan teknikal, peserta ini hanya dapat membuat rejaman sebanyak 4 kali. Ini dilihat sebagai halangan sekolah ini menggondol gelaran juara

Keputusannya, atlet dari SMKDJ ini menjadi Naib Johan dalam acara ini.

KRONOLOGI PERISITIWA HARI KEDUA

Pada pagi hari kedua kejohanan diiringi dengan hujan lebat. Walaupun begitu, para peserta kejohanan kelihatan tidak hilang semangat untuk meneruskan perjuangan mereka.

Acara pertama ialah 10km jalan kaki L18 akhir. Balapan yang basah tidak mematahkan semangat peserta untuk menghabiskan acara..

Diselang-seli dengan acara padang. Acara lompat jauh dan lompat tinggi mengambil tempat di stadium bagi P dan L 13. Kedua-dua acara ini ialah acara akhir.

Acara balapan kembali menguasai stadium. Acara 400m bagi semua peringkat lelaki dan perempuan bermula kira-kira jam 9.00 pagi. Keadaan hujan tidak menghalang acara ini diteruskan. Semua acara 400M pada hari ini dipertandingkan di peringkat saringan.

Sesi pagi diteruskan dengan acara-acara padang seperti Lompat Kijang P&L18, Lempar Cakera P15, Lontar Peluru L15, Rejam Lembing P13, Lempar Cakera L13, Lontar Peluru L18 dan Rejam Lembing L15. Semua acara ini merupakan acara akhir.

Pada sebelah petang, angin bertiup kencang dan cuaca agak panas. Acara-acara saringan menguasai balapan pada sebelah petang. Acara 800M dan 4x100M L&P di semua peringkat dipertandingkan.

MEMO URUSETIA - RABU, 8.00 PAGI

A. PENDAFTARAN LEWAT

Kepada Pengurus Pasukan bagi sekolah-sekolah berikut;

1. SMK Tasek Utara
2. SMK Skudai
3. SMK Bandar Baru UDA
4. SMK Taman Pelangi
5. SMK Bukit Indah
6. SMK Taman Sutera
7. SMK St Joseph
8. SMT Tanjung Puteri

Sila lapor diri ke Bilik Urusetia dengan kadar segera.

B. Kepada pasukan yang telah menghantar dan melengkapkan Borang Semua Peserta Acara Balapan, boleh dapatkan sijil daripada Urusetia mulai Rabu jam 10.00 pagi.

C. Set IP Sekolah Wireless Network Connection untuk Penyemakan Keputusan Terkini Acara-acara Keohanan Balapan dan Padang MSSD JB On-line, sila rujuk senarai IP Sekolah.

D. Pembetulan Jadual Kejohanan

1. No. Acara : 601 - Lompat Jauh L15 ditukar kepada L13
2. Acara Padang hari Sabtu sesi 10 jadual bermula jam 2.30 petang ditukar kepada jam 2.00 petang.

KRONOLOGI MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN

¨ VVIP tiba pada pukul 3.15 petang disambut dengan paluan kompang dan silat.

¨ Perasmian gendang 24 dari SMK Taman Bukit Indah telah mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

¨ Tarian oleh pelajar-pelajar SMK Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS) dengan tema 1 Malaysia menarik perhatian penonton kerana melibatkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum.

¨ Perarakan masuk perbarisan telah diiringi oleh pancaragam SMK Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS) dan dimulakan dengan SMK Sultan Aminuddin Baki.

¨ Perbarisan kejohanan pada kali ini disertai oleh 37 kontinjen iaitu 33 buah sekolah menengah dan 4 buah zon yang mewakili sekolah rendah di sekitar Johor Bahru.

¨ Majlis perasmian kejohanan dirasmikan ketika hujan turun dengan lebat.

PERASMIAN KEJOHANAN



Mendung yang berarak dan hujan yang menitis laju tidak mendinginkan langsung majlis perasmian kejohanan yang hangat dijalankan. Malah suasana ini menambahkan lagi kemeriahan acara-acara yang berlangsung setelah majlis perasmian tersebut berakhir.

Perasmian kejohanan telah dilakukan oleh Yang Berusaha En Abd Aziz Bin Haji Redwan, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran negeri Johor. Beliau mengucapkan tahniah kepada selruh warga pendidikan daerah Johor Bahru kerana menyahut cabaran untuk kembali bersukan.

Beliau turut berbangga bahawa program kecemerlangan dan kegemilangan sukan diwujudkan semula. Beliau juga mengatakan bahawa hujan yang turun melambangkan sukan dirahmati Allah. Beliau menyeru kepada semua atlet dan perbarisan bersama-sama melafazkan ikrar kejohanan balapan dan padang Daerah Johor Bahru kali ke 43.

Corat Coret Kejohanan

¨ Dalam acara 100m P13, terdapat 2 orang atlet yang begitu bersemangat berlari walaupun tembakan batal telah dilepaskan. Mmmm...kesian mereka ni, dah jauh berlari tapi acara batal. Harap sabar ye….

2 orang atlet telah terjatuh semasa berlari dalam acara 1500m P13. Nasib baiklah ada pasukan Saint John Ambulance kita, mereka dapat dirawat dengan segera dan tak perlu mengerang kesakitan…

Dalam acara larian, tak sah kalau tidak ada yang pengsan, Lebih-lebih lagi atlet perempuan! Inilah nasib yang dilalui oleh seorang atlet dari SMK Bandar Baru Uda. Bawa bertenang ya, lain kali ada peluang lain lagi untuk kamu beraksi dalam acara ini…

Bilik urus setia bukan sahaja dipenuhi dengan laptop, printer dan mesin fotostat tetapi juga dipebuhi dengan makanan di atas meja menyebabkan bilik ini seperti berada di dalam kafeteria . Terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Makanan yang telah menyediakan juadah yang lazat kepada kami...

BICARA ATLET

Atlet : Mohd Alif Daniel Bin Othman
Sekolah : SMK Kompleks Sultan Abu Bakar

¨ Johan acara 100m, 200m lelaki 15 dan lompat jauh
¨ Beliau telah menyertai kejohanan sebegini selama 6 tahun bermula dari darjah 4 lagi.
¨ Sering dipilih mewakili sekolah dalam acara olahraga walaupun beliau tidak pernah berniat untuk menjadi seorang atlet.



Atlet : Micheal John
Sekolah : SMK Dato’ Jaafar

¨ Menyertai acara jalan kaki lelaki bawah 15 tahun
¨ Telah menyertai MSSD selama 3 tahun
¨ Dalam nada berseloroh, beliau menjelaskan bahawa beliau berasa sangat letih namun amat berbangga kerana dapat bertanding dalam kejohanan ini
¨ Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang atlet negara suatu hari nanti

Pencapaian Hari Pertama

Acara 200m akhir P12, Chan Yi Jing dari zon Majidi, Hazierah Housna Bt M. Hazmann Emus, Philia telah memenangi pingat emas, perak dan gangsa dengan catatan masa masing-masing 29.0s, 30.1s, 30.2s.

Acara 200m akhir L12 turut menyaksikan Md Hafiz dari Zon Majidi memenangi pingat emas dengan catatan masa 27.2s.

Keputusan bagi semua acara pada hari ini dapat dilihat pada papan kenyataan keputusan. Bukan itu sahaja, malahan buletin hanya menyiarkan beberapa pencapaian sahaja dan yang selebihnya perlu dirujuk pada keputusan yang telah diedarkan kepada setiap kontinjen pasukan.

Kejohanan Balapan & Padang MSSDJB Kali Ke-43

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Johor Bahru kali ke-43 dijadualkan berlangsung selama 5 hari iaitu bermula pada 9 Mac hingga 13 Mac 2010. Seperti tahun-tahun terdahulu atlet-atlet dari sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru berkumpul di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos bagi menguji kehebatan masing-masing.

Pada hari pertama kejohanan berlangsung, cuaca cerah dan panas di sebelah pagi. Oleh itu acara-acara berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Acara bermula seawal 7.30 pagi iaitu dimulakan dengan acara 5km jalan kaki L15, 3/5km jalan kaki P15/18, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera dan lain-lain.