SEPINTAS LALU HARI KE EMPAT KEJOHANAN

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Johor Bahru kali ke-43 pada hari keempat diteruskan lagi dalam suasana yang penuh ceria dan bersemangat mengisi Buletin edisi pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini.

Acara larian 3000m berhalangan L18 akhir membuka tirai kejohanan seawal 8.00 pagi hari keempat ini telah menyaksikan atlet SMK Aminuddin Baki iaitu Muhammad Muiz B. Hamidon meraih emas pertama dengan penuh bergaya dengan catatan masa 11 min 52.3s.

Pagi ini, acara lompat tinggi Hepta (2) menjadi perhatian kerana atlet dari SMK Foon Yew iaitu Wong Sun Yee telah memecahkan rekod kejohanan dengan lompatan setinggi 1.85 m sekaligus memadam rekod lama 1.81 m. Walaupun gagal mencapai target 1.90 m namun lompatan beliau telah mencipta rekod baru kejohanan. Selain acara tersebut, acara akhir lain turut memberikan saingan kepada para atlet untuk terus menunjukkan bakat masing-masing. Antaranya adalah lompat jauh P18, 100m L.Pagar Penta (1), 110 m L.Pagar Hepta (1) dan lompat jauh L18.

Pada sebelah petang pula, sebanyak 25 acara akhir bakal memperlihatkan persaingan sengit antara atlet yang akan cuba sedaya upaya untuk menggondal pingat-pingat emas demi mengharumkan nama sekolah masing-masing. Acara tersebut termasuklah 110m L Pagar, 400m, 1500 m, melontar peluru lompat kijang dan lompat jauh. Semoga usaha mereka membuahkan hasil.

Hari keempat ini difkejutkan dengan enam rekod baru iaitu acara 400m P13, 15 dan 18, 400m L13 dan 15, serta 1500m P15.

No comments:

Post a Comment